KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mencipta sejarah baharu dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala apabila memberi akses yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke pasaran masing-masing. Walaupun AS mengekalkan tarif perdagangan sebanyak 19 peratus ke atas Malaysia, Washington mengenal pasti beberapa produk yang menerima kadar tarif sifar di bawah senarai rakan kongsi sejajar. Malaysia juga tidak akan mengenakan larangan atau kuota terhadap eksport mineral penting atau unsur nadir…










