PETALING JAYA: Cuaca panas dan kering yang melanda hampir seluruh negara dijangka berterusan sehingga awal November ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, keadaan itu berpunca daripada pembentukan ribut tropika di barat Lautan Pasifik dan Laut China Selatan yang menjejaskan tiupan angin serta mengurangkan hujan di rantau ini. “Suhu maksimum harian di beberapa kawasan boleh mencecah sehingga 36 darjah Celsius dalam tempoh tersebut,…

 
								 
											









