Charlie Nu’man Salleh meninggal dunia - Utusan Malaysia

Charlie Nu’man Salleh meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Charlie Nu’man Salleh dikhabarkan meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat kanser usus tahap empat sekitar jam 8 malam tadi.

Khabar duka itu telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Hafiah dalam sebuah kenyataan, semalam.

Difahamkan, Allahyarham Charlie menghembuskan nafas terakhir di rumah anak perempuan beliau di Sri Rampai.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih, selepas Zohor

Allahyarham disahkan menghidap kanser usus tahap empat selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk rekod, arwah mendirikan rumah tangga ketika usia 40 tahun namun bercerai beberapa tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Kemudian, Allahyarham Charlie berkahwin kali kedua pada tahun 2011 namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada tahun 2020 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan disyurga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN