GEORGE TOWN: Calon Sijil Pelajaran Malaysia disarankan untuk menjaga kesihatan mereka termasuk mengelakkan berada di tempat terbuka mereka ketika negara dilanda penularan influenza. Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, langkah itu amat penting memandangkan peperiksaan itu berlangsung tidak lama lagi. “Pelajar kena beringat untuk mengelakkan jangkitan yang mungkin boleh menjejaskan persediaan ke sekolah kerana SPM tak sampai sebulan. Kita nak pelajar bersedia secukupnya dalam SPM nanti, Insya-Allah,”…