Calon SPM 2025 diminta maklumkan sekolah, JPN jika terlibat banjir

Calon SPM 2025 diminta maklumkan sekolah, JPN jika terlibat banjir

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 dinasihatkan segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terlibat dan terkesan dengan bencana alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 dinasihatkan segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terlibat dan terkesan dengan bencana alam.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon juga boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan dan jabatan pendidikan negeri (JPN) di seluruh negara.

“KPM cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam khususnya banjir menjelang peperiksaan SPM tahun ini.

“KPM sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Ini termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi lain yang berkaitan untuk memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2025 berjalan lancar,” katanya hari ini.

Pada masa sama, KPM sentiasa dalam keadaan siap siaga dan komited dengan langkah persediaan serta operasi standard yang sewajarnya bagi memastikan peperiksaan SPM Tahun 2025 dapat diteruskan dengan lancar dan teratur.

KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN