GUA MUSANG: Seorang buruh kampung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan mencederakan seorang anggota polis di Felda Chiku 3, di sini minggu lalu. Rosdi Muhamad, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di keatasnya oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki sebilah pisau berhulu kayu…