GEORGE TOWN : Hanya satu perempat daripada hampir 200,000 pemandu aktif e-hailing (kereta) dan p-hailing (motosikal) dilaporkan layak menerima manfaat tambahan 600 liter petrol bersubsidi di bawah inisiatif BUDI95 ketika ini. Presiden Malaysia E-Hailing & Delivery Organization (MEDO), Masrizal Mahidin atau Jose Rizal ketika mendedahkan perkara itu berkata, hal ini demikian berlaku kerana, syarat-syarat teknikal yang diberi terlalu ketat dan tidak mengambil kira variasi model operasi sebenar. Beliau berkata, walaupun…