Briged Tengah PGA rampas barangan seludup RM1.12 bilion, tahan 774 PATI 

Briged Tengah PGA rampas barangan seludup RM1.12 bilion, tahan 774 PATI 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM)  merekodkan rampasan berjumlah RM1.12 bilion bagi tempoh Januari sehingga 13 Oktober lalu.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, jumlah itu membabitkan rampasan pelbagai kes iaitu sisa elektronik (e-waste), arak, rokok, minyak sawit, mercun dan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Menurutnya, kesemua rampasan dilakukan oleh Ibu Pejabat Briged Tengah PGA dengan keberhasilan melebihi RM465.2 juta, Batalion 4 (lebih RM91.6 juta), Batalion 5 (lebih RM305.3 juta), Batalion 6 (lebih RM150.6 juta) serta Batalion 19 (lebih RM116.9 juta). 

“Bagi kes pendatang asing tanpa izin (PATI), dalam tempoh sama kita (Briged Tengah) telah berjaya menahan 774 PATI.

“Jumlah ini membabitkan 77 warga Myanmar, Bangladesh (66 orang), Indonesia (628 orang) dan Nepal (3 orang),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, semalam.

Dalam pada itu, bagi kes Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), kata Hakemal, terdapat 26 kes direkodkan dengan tangkapan 10 warga tempatan, Indonesia (24 orang) serta Bangladesh (3).

“Penyeludupan migran ini membabitkan peranan individu sebagai tekong darat, tekong laut serta ejen.

“Kesan kebanjiran PATI boleh menyebabkan impak sosial, ekonomi, keselamatan, kesihatan serta politik. Saya seru kepada masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan sebarang kegiatan jenayah,” katanya.

Antara akta terlibat ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Imigresen 1959/63, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Barang Lusuh 1946, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Senjata 1960 serta Akta Lembaga Minyak Sawit 1998. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×