Boleh anda sertakan bukti? - Puteri Balqis jawab tuduhan ambil dadah - Utusan Malaysia

Boleh anda sertakan bukti? – Puteri Balqis jawab tuduhan ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Keluarga saya tak ambil dadah.”

Demikian reaksi Puteri Balqis, 18 terhadap dakwaan seorang pengguna media sosial yang menuduh pelakon itu dan keluarganya mengambil bahan terlarang.

Tegasnya, individu tersebut telah  memfitnah dia dan keluarganya dengan membuat tuduhan tanpa bukti.

“Semua dari keluarga ini tak pernah sekalipun menggunakan dadah. Kami semua seratus peratus normal pada waktu bekerja dan tidak bekerja. Jadi, boleh anda sertakan dengan bukti kukuh?,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu, individu berkenaan yang bertindak meninggalkan komen di Instagram  melabelkan Puteri Balqis dan keluarganya sebagai golongan ‘kaki hisap’ (pengguna dadah).

“Tak pelik lah pun kalau jenis keluarga ‘kaki hisap’ ini. Tengok perangai pun sudah tahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Balqis Azizi, dalam kenyataan yang sama telah memberikan amaran kepada individu tersebut agar berhenti mengganggu dengan membuat fitnah terhadap keluarganya.

“Jangan berani dalam media sosial sahaja. Jika mahu jadi sundal, jangan kacau keluarga orang lain.

“Anda memfitnah keluarga kami dengan profile (gambar) memakai tudung. Jangan malukan peminat-peminat saya, sahabat-sahabat kami yang bertudung dan mempunyai sifat yang baik,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN