KUALA LUMPUR: Memorandum bantahan yang mengandungi tiga tuntutan utama gagal diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas wakil kedutaan berkenaan didakwa enggan menerimanya atas alasan keselamatan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, beliau sendiri telah menghubungi pihak kedutaan untuk menyampaikan memorandum tersebut. “Memorandum itu mendesak pembebasan segera semua sukarelawan yang ditahan, menuntut jaminan keselamatan aktivis tidak bersenjata. “Selain itu, menolak cadangan Washington mengenai pelan…