PETALING JAYA: Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadual berlangsung pada November ini ditangguhkan sehingga 14 Januari tahun depan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti memutuskan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2025 kepada 14 hingga 17 Januari 2026 susulan pengumuman tarikh PRN Sabah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Katanya, keputusan itu dibuat selepas SPR menetapkan PRN Sabah berlangsung dari 15…