PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula bertindak termasuk memecat dan menggantung keahlian pemimpinnya yang didapati bersekongkol menentang pucuk pimpinan parti terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden. Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan tersebut selepas siasatan mendapati mereka melanggar Perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan ahli termasuk isu 120 akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan cubaan menjatuhkan Muhyiddin. Bermula dengan pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan,…










