Beri kerjasama jayakan Sidang Kemuncak ASEAN

Beri kerjasama jayakan Sidang Kemuncak ASEAN

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wisma Putra yakin tahap keselamatan sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berada di tahap terbaik dengan semua pihak berkaitan telah memulakan tugas masing-masing.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat peringkat pegawai tinggi kanan ASEAN telah bermula semalam sementara mesyuarat peringkat menteri dijadual berlangsung hari ini.

“Saya amat berpuas hati dengan persiapan tempat dan infrastruktur bagi penganjuran sidang kemuncak kali ini,” katanya selepas meninjau persiapan terakhir di KLCC, semalam.

Beliau turut meminta kerjasama daripada orang ramai untuk memberi j kerjasama sepanjang tempoh sidang berlangsung.

“Alhamdulillah, keselamatan berada pada tahap baik. Cuma saya mohon kerjasama semua pihak kerana akan ada beberapa sekatan jalan terutamanya bagi laluan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Pangkalan Udara Subang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Saya minta rakyat bersabar sekiranya perjalanan sedikit terganggu pada 25 dan 26 Oktober, ketika ketibaan para pemimpin,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 akan menghimpunkan pemimpin tertinggi ASEAN bersama negara rakan dialog seperti China, Jepun, Korea Selatan, Kesatuan Eropah (EU) dan AS.

Mohamad berkata, sidang kemuncak yang akan berlangsung dari 25 hingga 28 Oktober itu akan menghimpunkan ketua-ketua negara ASEAN, pemimpin negara rakan dialog serta negara jemputan.

Beliau berkata, pihaknya mahu memastikan semua persiapan berjalan lancar seperti sidang kemuncak sebelum ini.

“Cuma kali ini, ada kehadiran beberapa personaliti penting yang memerlukan perhatian keselamatan lebih tinggi seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri, China Li Qiang dan pemimpin-pemimpin lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×