MELAKA: Suasana sambutan Deepavali sebuah keluarga di Kampung Tujuh, Gajah Berang (Kampung Chetti) di sini bertukar cemas apabila lantai beranda rumah mereka tiba-tiba runtuh ketika dipenuhi sanak saudara, malam Ahad lalu. Penghuni rumah terbabit, S. Divya Darshini, 24, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 malam ketika dia bersama lebih 25 ahli keluarga berkumpul di ruang hadapan rumah bagi menyaksikan kanak-kanak bermain bunga api. Katanya, struktur lantai beranda rumah berkenaan secara…










