Kerajaan mahu gubal RUU Jenayah Siber

Kerajaan mahu gubal RUU Jenayah Siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Jenayah Siber bagi menangani jenayah siber dengan lebih menyeluruh.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi bagi memperkukuh kedaulatan digital dan keselamatan siber negara.

Katanya, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini dikemudi secara langsung oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pengendalian kes penipuan kewangan lebih pantas dan cekap.

“NSRC diperuntukkan RM12 juta. Peranan D11 (Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak) PDRM diperkasa dalam menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber.

“RM20 juta bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital, selain menubuhkan Behavioural Science Unit yang menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN