Belanjawan 2026: Beri perhatian kepada sektor peruncitan - Habib

Belanjawan 2026: Beri perhatian kepada sektor peruncitan – Habib

MEER HABIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta memberi perhatian khusus dan sokongan kepada sektor peruncitan terutama di pusat-pusat membeli-belah utama negara menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) dalam Belanjawan 2026. 

Pengarah Urusan Habib Group, Datuk Seri Meer Habib berkata, pihaknya berharap untuk mendapat sokongan terhadap sektor peruncitan, bukan sahaja untuk syarikat sebagai jenama barangan kemas tetapi untuk semua jenis jenama peruncitan yang beroperasi di pusat-pusat membeli-belah. 

“Sebagai sebuah jenama fesyen dan peruncitan, kami banyak melabur dalam menyediakan pengalaman membeli-belah bertaraf dunia untuk pengunjung-pengunjung pusat membeli-belah di negara ini. 

“Kos pengubahsuaian merupakan antara kos yang paling tinggi untuk kami, malah hampir setiap pusat membeli-belah terkemuka di negara ini memerlukan kami melakukan kerja-kerja pengubahsuaian kedai untuk tempoh-tempoh tahun tertentu. 

“Kami berharap supaya kos ini dijadikan sebagai pelepasan cukai agar dapat mengekalkan kemampanan sektor peruncitan,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, Malaysia sudah memiliki infrastruktur hebat yang menawarkan pengalaman membeli-belah antarabangsa. 

“Oleh itu, kita harus menumpukan perhatian untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah untuk menarik pengunjung-pengunjung luar negara berkualiti serta menginap lebih lama di Malaysia. 

“Malah, mereka boleh menikmati keindahan serta tawaran yang unik daripada negara kita,” katanya.

Belanjawan 2026 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×