PADANG TERAP: Bekas juruteknik sebuah syarikat telekomunikasi mampu memperoleh sehingga RM6,000 sebulan dipercayai hasil kegiatan mencuri komponen pencawang telekomunikasi sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, perbuatan lelaki berusia 37 tahun itu berakhir apabila ditahan pada 1 Oktober lalu selepas beberapa jam melakukan jenayah itu di pencawang pemancar telekomunikasi di Kampung Tanjung, di sini. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Abdull Razak Osman berkata, suspek yang sudah berkahwin dan memiliki dua anak…