PETALING JAYA: Bedah siasat terhadap pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya semalam mendapati tiada unsur jenayah. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bedah siasat dijalankan di bilik bedah siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara pukul 10 malam sehingga 3 pagi. “Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. “Mangsa juga didapati…