'Bebas mereka segera!'

‘Bebas mereka segera!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak semua peserta Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk rakyat Malaysia dibebaskan segera.

Perdana Menteri juga menggesa pihak terlibat tidak bertindak kejam dan zalim kepada aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa.

“Bebaskan mereka segera! Jangan bertindak kejam dan zalim kepada aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa,” katanya dalam Facebook beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat ini, seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera Israel, menurut Sumud Nusantara.

Dua rakyat negara ini iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi merupakan peserta terbaharu ditahan Israel.

Setakat ini, lapan delegasi Malaysia ditahan adalah Pelakon Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, manakala Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli daripada kapal Sirius.

Selain itu, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil yang menaiki kapal Alma dan Farah Lee serta Danish Nazram daripada Grande Blue.

Semua kapal itu dipintas dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa dalam usaha GSF untuk memasuki Gaza melalui laluan sah.

Semalam, GSF telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini