KUALA LUMPUR: Bantuan kerajaan tidak berdasarkan kaum sebaliknya peruntukan dibuat berasaskan keperluan semasa dan kesejahteraan rakyat keseluruhan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak pernah menilai bantuan dan kemudahan pembangunan mengikut kaum, sebaliknya berdasarkan keutamaan dan keperluan rakyat di sesuatu kawasan. “Kalau peruntukan ke Pulau Pinang lebih sedikit, mulalah kita (kerajaan) diserang kononnya kerana bukan majoriti Melayu. Sedangkan kalau kita lihat, Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri lain juga menerima…