Banjir: Tiga sekolah di Pulau Pinang jalani PdPR mulai esok

Banjir: Tiga sekolah di Pulau Pinang jalani PdPR mulai esok

PENGGUNAAN bilik darjah sebagai lokasi untuk menempatkan mangsa banjir di PPS menyebabkan tiga buah sekolah di Pulau Pinang terpaksa menjalani sesi PdPR selama dua hari bermula esok.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Tiga buah sekolah rendah di Pulau Pinang dijangka menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua hari bermula esok susulan kejadian banjir yang berlaku sejak kelmarin.

Pengarah Pendidikan negeri, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, tiga sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi dan SK Padang Menora di Seberang Perai Utara (SPU) serta SK Guar Perahu di Seberang Perai Tengah (SPT) dengan melibatkan seramai 1,786 murid.

“Secara keseluruhannya, lima buah sekolah di negeri ini telah dijadikan PPS dengan bilik darjah digunakan sebagai lokasi untuk menempatkan mangsa banjir yang dipindahkan ke situ.

“Bagaimanapun, dua lagi sekolah yang terlibat iaitu SK Tan Sri Awang Had Salleh di Balik Pulau dan SMK Permatang Pasir di sini akan beroperasi seperti biasa mulai esok,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau keadaan mangsa banjir di SMK Permatang Pasir bersama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Dziauddin memberi jaminan bahawa calon yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini tidak akan terjejas walaupun beberapa kawasan di negeri itu masih lagi dilanda banjir.

Katanya, persediaan rapi telah dibuat termasuk menerusi Ops Payung bagi mengenal pasti pelajar berisiko dengan menyediakan penempatan alternatif di asrama sekiranya mereka berdepan kesukaran ke pusat peperiksaan susulan bencana tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN