Bangunan Sekolah Agama Negeri di Tambunan musnah kebakaran

Bangunan Sekolah Agama Negeri Pekan Tambunan musnah kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMBUNAN: Tiga blok bangunan di Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan, di sini musnah dalam kebakaran, semalam namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.23 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan tiga struktur bangunan iaitu sebuah bangunan yang menempatkan kelas dan bilik guru, bangunan kelas manakala kuarters guru jenis kekal musnah sebanyak 50 peratus,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mitchell berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pukul 6.15 petang dan operasi ditamatkan dua jam kemudian setelah pihak bomba memastikan tiada risiko bahaya lain di lokasi kejadian manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, seramai 23 anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang terdiri daripada 18 anggota BBP Tambunan, anggota BBP Keningau (empat) serta seorang anggota Bomba Sukarela Kampung Tangaban.

Operasi turut dibantu beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Jabatan Air Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN