BESUT: Usahawan hartanah, Datuk Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38, atau dikenali sebagai Azlan Al Amin dan adiknya, Mohd. Mustakim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merosakkan kereta seorang jurujual kad sim telekomunikasi, Khamis lalu. Kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) itu membuat pengakuan berkenaan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud. Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Azlan dan Mohd. Mustakim didakwa merosakkan sebuah…










