Ardell Aryana rebah di KLIA - Utusan Malaysia

Ardell Aryana rebah di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelakon, Ardell Aryana rebah ketika menelusuri lautan manusia sebelum dibawa masuk ke dalam bas yang membawa kesemua 23 delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) beredar selepas sidang media di Balai Ketibaan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Polis bantuan bagaimanapun pantas memimpin isteri pelakon Nadzmi Adhwa itu masuk ke dalam bas di luar perkarangan aras tiga lapangan terbang itu.

Ardell yang merupakan antara delegasi GSF sebelum itu sempat berucap sewaktu sidang media yang dianjurkan selepas ketibaan 23 delegasi Malaysia bersama pasukan Sumud Nusantara dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan .

Kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan zionis selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu.

Mereka selamat tiba di KLIA pada pukul 10.13 malam semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN