PETALING JAYA: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali syarikat lori LDT Metal Trading yang terlibat dalam kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang Silk (SILK) berkuat kuasa hari ini. APAD menerusi kenyataan memaklumkan, hasil siasatan syarikat itu gagal mematuhi syarat keselamatan termasuk pemasangan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pada kenderaan perdagangan yang dilesenkan di bawah lesen pengendali berkenaan. Katanya, pembatalan lesen itu dilaksanakan selaras peruntukan mengikut Seksyen…