Apa makna ASEAN bagi kita?

Apa makna ASEAN bagi kita?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNGKIN dalam kalangan masyarakat masih tertanya-tanya apakah makna ASEAN bagi mereka termasuk faedah dan kebaikannya dari segi limpahan ekonomi dan pembangunan.

Terdapat dalam kalangan rakyat masih belum memahami apakah makna tersirat penubuhan gagasan 10 negara Asia Tenggara melainkan ha­nya mempelajari mata pelajaran Sejarah ketika di bangku sekolah.

Berbanding Kesatuan Ero­pah (EU), kewujudannya amat dirasai kerana bukan sahaja mempunyai mata wang tersendiri tetapi daripada segi peluang ekonomi, kestabilan, akses imigresen dan Parlimen Eropah.

Tetapi perkara itu tidak berlaku di ASEAN. Mungkin ke­rana ia mempunyai lima prinsip seperti termaktub dalam Deklarasi Bangkok antaranya menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan integriti wi­layah setiap negara dan tidak campur hal ehwal dalaman negara anggota lain.

Namun ia tidak bermakna wujud halangan bagi mening­katkan potensi populasi 680 juta penduduk dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah lebih AS$3.6 trilion (2024), menjadikannya ekonomi kelima terbesar dunia.

Sebagai contoh inisiatif se­perti Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) bertujuan untuk mewujudkan pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran menerusi aliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan, buruh mahir dan modal.

Selain itu, melalui kerjasama dalam ASEAN, semua anggota menikmati kestabilan serantau di mana negara lain saling berbincang dan selesaikan isu secara diplomasi.

Misalnya konflik sempadan Thailand dan Kemboja yang hampir mencapai penyelesaian akhir pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 kali ini.

Soal ini tidak termasuk program pertukaran pelajar universiti ASEAN membolehkan pelajar meneruskan pengajian di negara lain tanpa halangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN