MUNGKIN dalam kalangan masyarakat masih tertanya-tanya apakah makna ASEAN bagi mereka termasuk faedah dan kebaikannya dari segi limpahan ekonomi dan pembangunan. Terdapat dalam kalangan rakyat masih belum memahami apakah makna tersirat penubuhan gagasan 10 negara Asia Tenggara melainkan hanya mempelajari mata pelajaran Sejarah ketika di bangku sekolah. Berbanding Kesatuan Eropah (EU), kewujudannya amat dirasai kerana bukan sahaja mempunyai mata wang tersendiri tetapi daripada segi peluang ekonomi, kestabilan, akses imigresen dan…










