PETALING JAYA: Kepemimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu fokus dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), bukannya terus bergelut dalam konflik yang merugikan. Gesaan itu dibuat sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi Muda yang mahu kepemimpinan membawa naratif positif serta menjernihkan semula kerjasama dalam parti yang kini dilihat berpecah kepada dua kem iaitu kem Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kem Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah…