Anwar tegaskan kepentingan keamanan di Gaza kepada Trump

Anwar tegaskan kepentingan keamanan di Gaza kepada Trump

ANWAR Ibrahim menyambut ketibaan Donald Trump di Kompleks Bunga Raya Sepang.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan secara terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa pentingnya memastikan keamanan sejagat termasuk di Gaza. 

Perdana Menteri berkata, ketika Trump berada di negara ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang menyaksikan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja, keamanan di Gaza juga perlu diberi keutamaan.

Katanya, keamanan itu perlu diberi tumpuan dan memastikan keamanan yang jelas serta berkekalan di Gaza, yang disifatkannya sebagai kawasan paling mencabar tetapi paling penting untuk keamanan global.

“Kita berterima kasih kepada Presiden (Donald Trump) atas usaha untuk menjaga keamanan di banyak bahagian dunia termasuk Gaza dan mengajaknya untuk tetap fokus dan memastikan keamanan yang diperlukan dunia.

“Saya gembira Presiden untuk mendengar secara peribadi dan begitu bersemangat untuk memastikan keamanan diterima di kawasan yang paling bergolak, yang hampir mustahil  untuk mencapai keamanan, tetapi anda melakukannya.

“Dan kami menyokong usaha tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN