Anggota tentera maut, trak terbabas masuk gaung - Utusan Malaysia

Anggota tentera maut, trak terbabas masuk gaung

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dalam trak tentera yang terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera selepas trak dinaiki bersama lima yang lain terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 4.59 petang.

Katanya, kejadian melibatkan trak tentera dinaiki tujuh anggota di mana lima mangsa telah dikeluarkan sebelum jentera bomba tiba di lokasi nahas.

“Dua mangsa tersepit di bahagian belakang dengan mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 5.54 petang namun mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa yang tersepit pula dikeluarkan dari kenderaan pada pukul 6.14 petang dan mengalami kecederaan. Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi menyelamat disertai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan BBP Meru Raya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan dan laluan menuruni bukit namun tidak melibatkan kenderaan lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN