Anak tidak berhenti batuk, Uqasha Senrose tiga hari tidak tidur lena - Utusan Malaysia

Anak tidak berhenti batuk, Uqasha Senrose tiga hari tidak tidur lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose mendedahkan dirinya tidak dapat tidur lena selama tiga hari berturut-turut demi menjaga puteri sulungnya, Hawra Uqaira batuk tidak berhenti.

Lebih mencabar, keadaan itu berlaku ketika dirinya sendiri sedang berdepan demam dan tidak sihat.

“Sudah empat kali ulang-alik ke klinik. Tidak mengapa, ibu akan berjaga untuk awak. Anak ibu kuat, jadi ibu pun kena kuat untuk jaga kamu,” tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut Uqasha, walaupun penat, kelegaan jelas dirasai apabila doktor memberikan rawatan dan ubat kepada anaknya.

Walaupun hanya tiga jam, beliau bersyukur kerana dapat berehat seketika sebelum kembali menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.

“Sudah buat ujian saringan dan beri ubat kepada Qaira. Sekarang ibu boleh tidur sekeja, sudah pun pukul lima pagi.

“Sebentar lagi pukul tujuh pagi ibu kena bangun semula untuk pergi kerja. Kita tidur sama-sama sekejap ya, ibu nak Qaira cepat sembuh, supaya kita berdua boleh rehat dengan cukup,” katanya.

Walaupun terpaksa mengorbankan masa rehat, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu menyifatkan segalanya sebagai sebahagian daripada pengorbanan seorang ibu.

“Sama seperti waktu Qaira baru dilahirkan ibu akan terus kuat demi kamu,” tambahnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN