KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna bagi memasukkan elemen ‘Lemon Law’ dalam usaha melindungi hak pengguna yang terjejas.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebahagian langkah dalam memperkukuh institusi negara meliputi eksekutif, legislatif dan kehakiman agar bebas daripada sebarang pengaruh sempit.
Katanya, pasukan reformasi undang-undang yang ditubuhkan sedang meneliti pembaharuan menyeluruh ke atas undang-undang jenayah, undang-undang kontrak termasuk merangka Rang Undang-undang (RUU) Bidang Kuasa Admiralti dan RUU Koroner yang baharu.
“Bagi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, ia sekarang sudah diperingkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN










