AGC teliti alasan penghakiman keputusan Mahkamah Tinggi Sabah

AGC teliti alasan penghakiman keputusan Mahkamah Tinggi Sabah

JABATAN PEGUAM NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti alasan penghakiman susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah sebelum mengambil tindakan lanjut.

Jabatan itu berkata, antara hal menjadi pertikaian melibatkan tafsiran undang-undang bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Pada 17 Okt 2025 Mahkamah Kota Kinabalu telah memutuskan antara lain bahawa kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah hendaklah menjalankan satu lagi kajian semula pemberian khas negeri Sabah bagi tahun 1974 sehingga tahun 2022.

“Antara perkara yang menjadi pertikaian adalah tafsiran undang-undang ke atas Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Jabatan Peguam Negara akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu setelah menerimanya kelak sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN