TELUK INTAN: Selepas didakwa atas 15 pertuduhan amang seksual fizikal dan memiliki gambar lucah di dua mahkamah di Pantai Timur bulan lalu, bekas mudir sebuah madrasah di Tumpat, Kelantan sekali lagi dituduh hari ini atas tiga pertuduhan kesalahan seksual. Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang dikenali…