PETALING JAYA: Seramai sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 setiap bulan bersamaan RM1,200 setahun, bermula tahun depan. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejuta penerima STR di bawah e-Kasih pula akan menerima SARA sehingga RM200 sebulan bersamaan RM2,400 setahun. Beliau berkata, kategori bujang pula akan menerima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA. “Kadar maksimum diterima isi rumah ialah RM4,600, iaitu pendapatan…