PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan sumbangan khas sebanyak RM500 kepada seramai 70,000 penerima terdiri daripada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di seluruh negara. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa dan sumbangan golongan agamawan dalam memperkukuh pendidikan Islam serta memakmurkan institusi masjid dan surau di peringkat akar umbi. “Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan…