BENTONG: Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik (JSPT) mengatur tugas 500 pegawai dan anggotanya dalam Op Lancar sempena Deepavali bermula 17 Oktober hingga 21 Oktober ini. Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, operasi itu akan memberi tumpuan kepada lebuh raya utama, jalan bandaran serta jalan Persekutuan yang dijangka mengalami peningkatan jumlah kenderaan menjelang musim perayaan. “Kami (JSPT) jangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan berada di atas jalan…