4,500 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap tahun hadapan

4,500 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun hadapan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh sistem kesihatan awam dan meningkatkan kebajikan petugas perubatan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan isu lantikan tetap dalam sektor kesihatan ditangani secara progresif dan menyeluruh.

“Sejak tahun 2023 hingga 2025, kerajaan telah meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor kontrak ke dalam perkhidmatan tetap. 

“Termasuk pengisian tahunan, sejumlah 12,900 doktor kontrak telah diserap ke jawatan tetap setakat ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, bagi jawatan jururawat, seramai 833 jururawat kontrak telah ditawarkan lantikan tetap pada tahun ini, manakala 935 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditawarkan jawatan tetap tahun hadapan.

“Langkah itu selaras dengan agenda reformasi sektor kesihatan negara yang menekankan pengukuhan tenaga kerja dan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN