350,967 individu perbaharui lesen sejak BUDI95 diumum

350,967 individu perbaharui lesen sejak BUDI95 diumum

ANTHONY Loke ketika hadir majlis perhimpunan setia khas dan ikrar bebas raduah JPJ di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya.- UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 350,967 pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) direkodkan telah memperbaharui lesen masing-masing sejak pengenalan subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah itu direkodkan sejak akhir bulan lalu sehingga 8 Oktober lalu.

Beliau berkata, ia sekali gus mencatatkan peningkatan urus niaga harian JPJ sebanyak 38 peratus sejak pengumuman BUDI95 pada 22 September lepas.

“Peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan sambutan positif rakyat terhadap inisiatif subsidi bersasar kerajaan malah memperlihatkan tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan pengguna jalan raya terhadap kepentingan memiliki lesen memandu yang sah,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Setia Khas dan Ikrar Bebas Rasuah JPJ di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JPJ yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam memastikan proses pembaharuan lesen berjalan dengan lancar di seluruh negara.

Loke berkata, usaha JPJ memperluas akses perkhidmatan dengan membuka kaunter tambahan pada hari Jumaat dan Sabtu bagi di Kedah, Kelantan dan Terengganu serta pada hari Sabtu dan Ahad, amat wajar dipuji.

“Langkah proaktif ini jelas memudahkan rakyat melaksanakan urusan mereka tanpa menjejaskan jadual harian, khususnya bagi golongan bekerja,” katanya.

Jelasnya lagi, tiada sebarang aduan diterima JPJ setakat ini bagi urusan pembaharuan LMM meskipun terdapat peningkatan mendadak bagi urusan pembaharuan.

“Tidak apa-apa aduan (diterima) walaupun.m bilangan orang yang ingin memperbaharui LMM
meningkay dengan begitu mendadak sejak beberapa minggu.

“Ini kerana semua nak pergi memperbaharui LMM supaya nama mereka ada BUDI RON95,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata, usaha menutup ruang rasuah telah diterjemahkan melalui pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang menekankan usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus yang telus bagi meningkatkan kepercayaan rakyat.

Sehingga kini, 86 peratus inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JPJ 2021–2025 telah berjaya dilaksanakan, meluhur kesungguhan jabatan dalam memperkukuh integriti dan akauntabiliti.

“Usaha memperkukuh budaya kerja berintegriti turut diperkasa melalui pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) yang diiktiraf oleh SIRIM QAS International dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pensijilan ini membuktikan bahawa JPJ berada di barisan hadapan dalam pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah bertaraf antarabangsa,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN