3,000 orang saksi perarakan diraja

3,000 orang saksi perarakan diraja

TENGKU Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menaiki kenderaan dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Jalan Istana menuju ke pintu utama Istana Alam Shah, Klang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tujuh beradik antara lebih 3,000 pengunjung membanjiri pekarangan Jalan Istana di hadapan Galeri Diraja Abdul Aziz bagi menyaksikan perarakan diraja sempena Istiadat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Menurut Hawa Isa, 43, dia bersama lima kakak dan adik perempuannya memang merancang untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut sejak baginda diumum melangsungkan perkahwinannya di Istana Alam Shah.

Menurutnya, perkahwinan diraja khususnya di negeri ini adalah peristiwa penting dan bersejarah, malah ia bukanlah sesuatu yang berlaku pada setiap tahun.

“Kami tiba di galeri diraja pukul 7.30 pagi dan berkumpul di sana dan terus beratur di barisan hadapan untuk menyaksikan perarakan.

“Bukan setakat rasa seronok, tetapi kami bangga dapat menyaksikan peristiwa penting dalam lipatan sejarah Kesultanan Melayu Selangor apabila Raja Muda Selangor melangsungkan perkahwinan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Terdahulu, lebih 3,000 pengunjung menyaksikan perarakan diraja Tengku Amir Shah sempena Istiadat Perkahwinan Diraja antara baginda dengan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz di Jalan Istana menuju ke Istana Alam Shah.

Seorang lagi pengunjung, Gan Yin Chin, 48, melahirkan keterujaan sama apabila melihat perarakan tersebut yang disifatkannya sebagai unik dan penuh tertib.

“Ia nampak meriah, perarakan disertai oleh jejawat yang membawa tombak, lembing dan payung. Kemudian, ada kumpulan kompang. Ia sangat unik dan menunjukkan budaya dan seni dalam Kesultanan Selangor.

“Tak apalah saya masuk kerja lambat sedikit, peristiwa itu pun bukan berlaku setiap tahun. Rugi kalau tak tengok,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN