23 aktivis Malaysia tiba tanah air malam esok

23 aktivis Malaysia tiba tanah air malam esok

RAKYAT Malaysia menyer­tai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua 23 sukarelawan warga Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1), esok.

Kepulangan itu disahkan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) yang memaklumkan mengenai jemputan untuk majlis sambutan kepulangan wira dan wirawati berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada pukul 9.45 malam esok.

Kesemua aktivis itu sebelum ini dibebaskan dan selamat dibawa ke Istanbul, Turkiye, kelmarin.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sempat berinteraksi dengan para aktivis Malaysia di Istanbul bagi bertanya khabar sebaik dibebaskan dari tahanan rejim Zionis.

“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik dan semangat mereka masih kental.

Saya menzahirkan penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi.

“Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan,” katanya.

Perdana Menteri turut memaklumkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan para wira dan wirawati kemanusiaan ini, selain terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama saudara-saudara kita di Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN