206 mangsa banjir Kulim dipindahkan ke tiga PPS

206 mangsa banjir Kulim dipindahkan ke tiga PPS

PROSES pemindahan mangsa banjir masih dilakukan oleh anggota APM di Kampung Manggis, Kulim. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 206 mangsa daripada 66 keluarga terjejas banjir di daerah Kulim dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Antara kawasan penempatan yang terjejas adalah Kampung Seberang Sungai; Kampung Paya Tok Betok; Kampung Seberang Jaya; Kampung Kemuting dan Kampung Banggol Penyengat.

Daripada jumlah itu, seramai 102 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Min, manakala 88 di PPS Surau Taman Sang Kancil sementara baki mangsa di PPS Dewan Surau Kampung Paya Tok Betok.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, jumlah mangsa terjejas dijangka meningkat kerana proses pemindahan masih dilakukan ketika ini.

“Empat lagi PPS yang dibuka adalah Sekolah Menengah Agama (SMA) Insaniah Jangkang; Sekolah Kebangsaan (SK) Pagar Museh; Dewan Orang Ramai Sungai Karangan dan Surau Kampung Padang Meha.

“Bagaimanapun jumlah mangsa masih dalam proses pengumpulan sebelum diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, fenomena air pasang besar akibat ombak kuat di Tanjung Dawai, Sungai Petani kelmarin menyaksikan seramai 52 mangsa daripada 24 keluarga masih berada di PPS SJKC Choong Cheng.

Kejadian di Kampung Huma, Merbok itu melibatkan banyak rumah di tepi pantai terjejas setelah ombak membadai kediaman mereka setinggi dua meter.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN