ALOR SETAR: Seramai 206 mangsa daripada 66 keluarga terjejas banjir di daerah Kulim dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini. Antara kawasan penempatan yang terjejas adalah Kampung Seberang Sungai; Kampung Paya Tok Betok; Kampung Seberang Jaya; Kampung Kemuting dan Kampung Banggol Penyengat. Daripada jumlah itu, seramai 102 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Min, manakala 88 di PPS Surau Taman Sang Kancil sementara baki…










