SEREMBAN: Lebih 20,000 orang dijangka m embanjiri pekarangan Muzium Negeri di sini bagimemeriahkan Perpatih Fest 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd. Faizal Ramli berkata, pelbagai program dan aktiviti menanti para pengunjung festival itu yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS). Beliau berkata, sebanyak 13 reruai (booth) pameran…