17 projek sakit bawah KPM sudah berjaya siap

17 projek sakit bawah KPM sudah berjaya siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 17 daripada 46 projek berstatus lewat (sakit) seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berjaya disiapkan setakat ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, 19 projek berada dalam pelbagai status pelaksanaan iaitu tiga projek Dahulu Jadual (DJ), lapan projek Ikut Jadual (IJ), tiga projek Lewat Jadual dan lima projek tender semula.

“Baki 10 projek masih kekal berstatus lewat (sakit). KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan projek pembangunan dilaksana dengan baik mengikut tempoh masa ditetapkan demi manfaat seluruh masyarakat,” katanya hari ini.

Terdahulu, LKAN mendedahkan projek pembangunan pendidikan yang tertangguh di seluruh negara dengan sebanyak 46 projek pembangunan bawah KPM berstatus lewat (sakit).

Katanya, jumlah ini mewakili 2.3 peratus daripada keseluruhan 2,040 projek di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). A

“Antara langkah yang dilaksanakan KPM bagi menangani isu ini adalah dengan melakukan pemantauan rapi di tapak dan melalui mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara.

“Sesi libat urus turut diadakan dengan semua pemegang taruh secara berkala termasuk kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penyedia utility,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN