SEREMBAN: Sebanyak 16 kes positif influenza dilaporkan berlaku melibatkan pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Sungai Gadut, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, Datuk Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, jumlah kes yang dilaporkan itu adalah setakat pukul 1.30 petang tadi. “Mengikut notifikasi yang diterima oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sehingga pukul 1.30 petang, sebanyak 16 kes influenza telah dikesan di Sekolah Dato’…