JOHOR BAHRU: Seramai lima murid Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2, di sini disahkan dijangkiti Influenza A, manakala 15 lagi murid menunjukkan gejala jangkitan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Azman Tamin berkata, seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) turut disahkan positif, sementara enam guru serta dua PPM lain disahkan bebas jangkitan dan dibenarkan bertugas seperti biasa. “Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)…