KUALA LUMPUR: Yayasan Peneraju (YP) menyasarkan 12,000 bakat bumiputera melibatkan 10,000 pakar teknologi berkemahiran tinggi dan 2,000 akauntan bertauliah pada tahun hadapan selaras aspirasi Belanjawan 2026 untuk memperkukuh peluang pendidikan golongan itu. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata, sasaran tersebut seiring komitmen kerajaan Madani dalam memperkukuh pembangunan modal insan bumiputera berkemahiran tinggi sebagaimana yang diumumkan melalui pembentangan Belanjawan 2026. Katanya, sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti, membimbing…