IPOH: Seramai 12 individu termasuk enam wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan jenayah penipuan dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman wang tidak wujud, minggu lalu. Tertuduh, K. Logarooban, 22; M. Sayindeep, 22; Muhammad Iskandar Ibrahim, 22; Mohamad Yunus Shahril, 28; Salman Al Farisi, 19; Khairul Akhbar, 23; Nur Hasmirah Halim, 28; Nurain Ariesya Abdullah, 19; Nur Sofea Zara Muhammad Khairuddin Kasau, 22; Nurul Ain’ Aishah Azman,…










