KOTA KINABALU: Doktor yang pertama menerima dan menerima pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir memaklumkan remaja terbabit tiba di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dalam keadaan sangat kritikal dan tidak stabil.
Bagaimanapun, Pegawai perubatan Unit Kecemasan HQE, Dr. Janefer Voo memaklumkan, pemeriksaan awal terhadap remaja terbabit ketika itu mendapati tiada kesan lebam atau penderaan pada tubuh remaja terbabit.
Pegawai pengendali, Datuk Badius Zaman Ahmad: Ada jumpa sebarang kesan luka atau parut pada bahagian lengan tangan Zara Qairina sewaktu pemeriksaan?
Dr. Voo: Tidak perasan kerana ketika itu kita dapat kesan `deformity’ pada (bahagian) tangan dan telah buat `splint’.
Ketika ditanya mengenai kadar kelangsungan hidup (rate of survival) Zara Qairina berdasarkan pemeriksaan awal, doktor terbabit menyatakan: “Rate of survival tidak pasti tetapi daripada pemeriksaan awal saya, pesakit dalam keadaan sangat kritikal dan tidak stabil.”
Terdahulu, Dr Voo turut menyenaraikan beberapa kecederaan yang dialami remaja terbabit yang kebanyakan adalah jenis `close fracture’ (patah dalaman tanpa sebarang luka pada kulit) dan juga turut ditemukan internal bleeding due to trauma (pendarahan dalaman).-UTUSAN